Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan lupa, harus timbang rasa, beretika semasa jalan Raya, ok!

Dalam keriangan beraya penting untuk kita mempraktikan adab apabila berkunjung ke rumah kenalan atau saudara mara. Itulah yang dititikberatkan oleh pakar penggubah bunga, Encik Bakhtiar Dasuki yang turut prihatin tentang kebersihan dan hiasan rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan lupa, harus timbang rasa, beretika semasa jalan Raya, ok!

Para tetamu berkumpul sempena perayaan Aidilfitri. (Gambar: Ihsan Ben Dasuki)

BERITAmediacorp: Bayangkan senario ini: Ibu bapa syok menikmati sajian enak seperti ketupat, rendang dan aneka kuih muih sampai lupakan si anak kecil dan membiarkan mereka makan sendiri selain merayap dalam rumah orang tanpa di pantau. Lebih menjadi dilema jika si anak kecil pegang sana pegang sini dan menepuk-nepuk barang.

Boleh termenung atau merenung tajam si tuan rumah dibuatnya.

Oleh itu, dalam keriangan beraya penting untuk kita mempraktikan adab apabila berkunjung ke rumah kenalan atau saudara mara. Itulah yang dititikberatkan oleh pakar penggubah bunga, Encik Bakhtiar Dasuki yang turut prihatin tentang kebersihan dan hiasan rumah.

Bukan setakat memastikan rumah cantik berseri dan dihias rapi saja, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ben turut prihatin tentang cara-cara tuan rumah melayan tetamu dan bagaimana pula tetamu harus menghormati tuan rumah semasa beraya.

“Sebagai tuan rumah kita mempunyai hak untuk menegur dengan baik dan berbicara secara halus. Tapi pastikan anda tidak tinggikan suara atau sampai terlepas cakap sesuatu yang mungkin akan mengguris hati tetamu,” kata Ben.

Menurutnya lagi, menziarah rakan-rakan dan sanak saudara bukan terhad pada musim Lebaran saja. Baginya bila-bila saja sesiapa boleh datang berkunjung ke rumahnya. Yang penting harus buat temu janji awal dan pilih waktu yang sesuai.

“Selalunya saya akan mengehadkan bilangan tetamu yang nak datang berkunjung ke rumah saya dalam pada satu masa. Maksimum 6 orang saja, kecuali anggota keluarga. Bukannya apa, saya tidak mahu kenalan yang lama tak jumpa dan datang menziarah tidak dapat duduk dengan selesa di atas sofa untuk berbual mesra secara kualiti.

“Kalau sampai 15 orang atau lebih yang datang serbu ke rumah, akhirnya ramai yang harus duduk di lantai ibaratkan berkelah di tepi pantai pula,” kata Ben sambil ketawa.

Menjelang Syawal ini, Ben berkongsi dengan BERITAmediacorp beberapa cara dan tip yang boleh dipraktikan oleh tetamu dan tuan rumah semasa jalan Raya nanti. Ini saranan-saranan beliau:

BERINGAT 5 PERKARA BILA BERKUNJUNG RAYA

1. Pantau anak kecil
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, pastikan mereka tertib dan tidak berlari satu rumah sesuka hati. Bila anak-anak duduk di sofa pastikan mereka tidak melompat atau terkinja-kinja seperti berada di rumah sendiri.

2. Piring kuih
Sebagai tuan rumah kalau boleh sediakan piring plastik untuk anak-anak kecil dan piring kaca untuk tetamu dewasa yang ingin menikmati kuih muih. Dengan menggunakan piring ia dapat elakkan cebisan biskut atau kek dari berterabur di atas lantai dan permaidani.

3. Tandas

4. Tempoh & waktu beraya
Menyentuh tentang waktu pula, sebaik-baiknya tetamu harus memaklumkan tuan rumah terlebih dahulu sebelum datang, terutama jika anda mempunyai rombongan yang besar! Waktu yang dianggap sesuai adalah dari selepas zuhur hingga ke petang dan sebelum waktu maghrib atau selewat-lewatnya jam 8.00 malam.

Usah sampai ke rumah orang pada lewat tengah malam kerana tuan rumah juga perlukan rehat. Sebagai tuan rumah pula, anda berhak menentukan waktu untuk tetamu ziarah ke rumah. Jika tetamu datang terlalu lewat, anda pasti sudah penat dan mata pun kelat. Lantas, anda tidak dapat berkomunikasi dan melayan tetamu dengan rancak.

5. ‘Tour’ rumah
Ada juga tetamu yang tidak kekok untuk layan diri sendiri dengan mengelilingi rumah yang dikunjungi. Keluar dan masuk dari ruang makan ke dapur dan kemudian ke bilik tidur dan tandas. Jika anda ingin melakukan demikian, dapatkan dulu kebenaran tuan rumah. Jangan suka-suka ingin meninjau rumah orang tanpa kebenaran. Apatah lagi jika duduk di atas katil yang sudah dihias cantik sambil mengambil selfie atau buat rakaman live untuk Instagram anda!

Pendek kata kalau sudah berkumpul atau bertemu ramai orang dalam satu rumah pastinya pelbagai ragam manusia yang menjadi sorotan. Ada yang ok, ada juga yang tak berapa ok. Yang penting, kedua-dua tetamu dan tuan rumah harus memainkan peranan masing-masing.

“Sebagai tetamu pastikan kita peka terhadap adab dan ia adalah sunat untuk mendoakan kebaikan tuan rumah. Sementara tuan rumah pula pastikan untuk terus menerapkan sifat suka memuliakan tetamu dan pastikan ianya sempurna,” kata Ben mengakhiri bicara.   

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan