Skip to main content

Iklan

Iklan

Indonesia musnahkan ribuan botol arak semasa Ramadan

Kira-kira 18,000 botol alkohol yang dirampas dihancurkan dengan jentolak di ibu kota Indonesia hari ini sedang polis memberi amaran supaya berhenti mengambil minuman keras sepanjang Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia musnahkan ribuan botol arak semasa Ramadan

Kira-kira 18,000 botol alkohol yang dirampas dihancurkan dengan jentolak di ibu kota Indonesia hari ini. (Gambar: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 27 May 2019 02:42PM Dikemas Kini : 27 May 2019 02:47PM

JAKARTA: Kira-kira 18,000 botol alkohol yang dirampas dihancurkan dengan jentolak di ibu kota Indonesia hari ini sedang polis memberi amaran supaya berhenti mengambil minuman keras sepanjang Ramadan.

Hampir 90 peratus daripada 260 juta rakyat negara itu beragama Islam yang diwajibkan berpuasa ketika Ramadan.

Polis mengumpulkan ribuan botol yang dikutip dalam serbuan sejak beberapa bulan lalu di Jakarta dan kemudian menggunakan jentolak untuk menghancurkannya dalam acara yang dibuat setiap tahun.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, menggesa penduduk mengelak daripada mengedarkan arak haram.

“Tugas masyarakat adalah mengurangkan permintaan.

“Namun tidak kira sejauh mana bekalan berkurangan, sukar untuk mengatasinya jika masih ada permintaan,” katanya pada acara itu.

Pihak berkuasa Indonesia biasanya menunjukkan rampasan dan memusnahkan alkohol pada jumlah banyak untuk mengingatkan umat Islam supaya tidak mengambil arak ketika Ramadan.

Kebanyakan rakyat Indonesia mengamalkan Islam secara sederhana dan alkohol boleh didapati di bar dan kelab malam di bandar raya besar dan destinasi pelancongan seperti Bali.

Bagaimanapun banyak tempat hiburan ditutup semasa Ramadan termasuk di Jakarta.

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan