Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hotel dipuji sediakan bufet sahur meski hanya seorang tamu Muslim

Di tengah-tengah kebimbangan Islamofobia, terdapat beberapa pihak yang menunjukkan sikap inklusif dan saling menghormati antara satu sama lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel dipuji sediakan bufet sahur meski hanya seorang tamu Muslim

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 May 2019 11:02PM Dikemas Kini : 13 May 2019 11:11PM

BERITAmediacorp: Serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac dan pencerobohan satu lagi masjid di London minggu lalu oleh seorang lelaki bersenjata menimbulkan keprihatinan tentang Islamofobia.

Namun di tengah-tengah kebimbangan itu, terdapat beberapa pihak yang menunjukkan sikap inklusif dan saling menghormati antara satu sama lain.

Baru-baru ini, seorang tetamu Muslim di sebuah hotel di Dublin meminta agar hotel tersebut, Ibis Dublin, menyediakan sedikit kudapan untuk beliau bersahur sebelum berpuasa.

Namun, apabila beliau turun pada 2.30 pagi, beliau terkejut apabila mendapati pihak hotel sudah menyediakan jamuan bufet untuknya bersahur.

Lebih menakjubkan lagi, hanya beliau seorang sahaja yang turun untuk bersahur.

Hal ini diceritakan oleh seorang pengguna Twitter, @hemantbuch pada Jumaat (10 Mei) yang mengongsi pengalaman rakan sekerjanya.

"Seorang rakan sekerja Muslim menanyakan pihak hotel jika pihaknya boleh menyediakan sedikit kudapan untuk beliau bersahur. Pihak hotel bersetuju dan memintanya turun pada 2.30 pagi," tulis beliau dalam catatan Twitter, yang setakat ini sudah dikongsi lebih 103,000 kali.

"Apabila beliau turun, beliau mendapati pihak hotel sudah menyediakan bufet sarapan untuknya. Pihak hotel pula berpendapat bahawa ia sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berbuat demikian. @Accorhotels, berbanggalah dengan Ibis Dublin."

Accor Hotels turut merujuk kepada syarikat yang memiliki hotel itu.

Warga netizen menyambut baik kisah itu. Seorang lagi pengguna Twitter @sharafatshah, malah berkongsi pengalaman beliau bersahur di sebuah lagi hotel milik Accor Hotels, kali ini di Singapura.

"@Accorhotels Mercure Singapore menyediakan sahur di dalam bilik bagi setiap tetamu Muslim. Tetamu hanya perlu pilih waktu antara 4.00 hingga 5.00 pagi dan pihak hotel akan menghantarnya terus ke bilik, tanpa sebarang bayaran. Terima kasih!," tulis @sharafatshah.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan