Skip to main content

Iklan

Iklan

Hasilkan video bahasa isyarat Al-Quran; terjemahkan kesemua 114 surah

Menjelang setiap Ramadan, Encik Surya Sahetapy dan rakan-rakan karibnya akan mula berasa sugul.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasilkan video bahasa isyarat Al-Quran; terjemahkan kesemua 114 surah

Surya Sahetapy dengan bahasa isyarat bagi surah Al-Fatihah. (Gambar: Petikan skrin dari YouTube)

Diterbitkan : 11 May 2019 11:45AM Dikemas Kini : 11 May 2019 11:51AM

JAKARTA: Menjelang setiap Ramadan, Encik Surya Sahetapy dan rakan-rakan karibnya akan mula berasa sugul.

Malah, mereka buntu tentang bagaimana untuk membantu lebih ramai warga Indonesia mengaji.

Menghafaz kesemua 114 surah dan memahami penterjemahannya juga mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi sebilangan umat melalui rakaman audio.

Namun, Encik Surya, 25, dan rakan-rakannya berdepan dengan cabaran yang lain daripada yang lain untuk mengaji: Mereka semuanya kurang daya pendengaran.

"Saya dan rakan-rakan saya berasa tertekan kerana kami tidak mempunyai sebarang cara untuk membantu orang kurang daya pendengaran lain mendalami Islam," katanya dengan dibantu penterjemah bahasa isyarat.

Bagaimanapun, segalanya berubah tahun lalu apabila Encik Surya bergabung dengan pertubuhan Islam di Indonesia bagi projek untuk menghasilkan video bahasa isyarat, yang menterjemahkan kesemua 114 surah.

Mereka pertama kali melancarkan video sulung di Youtube, sebelum Ramadan tahun lalu.

Bagi Ramadan tahun ini, 'Projek Quran Indonesia' menghasilkan empat lagi video surah dan satu video azan.

Meskipun ramai umat Islam kurang daya pendengaran di Indonesia boleh mengaji dan menghafal beberapa surah, mereka tidak memiliki akses kepada ulama yang boleh berkomunikasi dengan mereka.

Walau bagaimanapun, demi membantu umat Islam menghafal surah dan memahami tafsirannya, kumpulan tersebut juga merancang untuk melancarkan permainan papan yang mengajar tentang asas Islam serta 10 DVD bahasa isyarat, yang menerangkan sebilangan doa.

"Ia merubah segalanya," kata Encik Surya tentang projek itu.

"Video-video itu juga mempunyai mesej tersendiri: Jika anda mahu rakyat Indonesia dengan kurang daya pendengaran belajar Islam, mereka harus mempelajari bahasa isyarat. Islam bukan sahaja terhad kepada apa yang anda baca, tetapi lebih kepada apa yang anda faham."

Idea bagi Quran bahasa isyarat bermula pada 2017 apabila Encik Surya bertemu Encik Archie Fitrah Wirija, pengasas dan penerbit eksekutif Projek Quran Indonesia.

Projek bahasa isyarat itu kemudian bermula dengan bantuan Cik Galuh Sukmara Soejanto, seorang guru Indonesia yang kurang daya pendengaran dan juga aktivis hak orang kurang upaya.

Beliau melatih Encik Surya tentang sudut-sudut halus menterjemahkan Quran kepada bahasa isyarat, dan kemajuannya dipantau sebuah pertubuhan bagi golongan kurang daya pendengaran di Jeddah, Arab Saudi. 

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan