Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Golongan susah Pakistan dijamu percuma sepanjang Ramadan hasil inisiatif dermawan

Di Pakistan, golongan susah dan musafir dialu-alukan berbuka puasa di kawasan tepi jalan sepanjang bulan Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2019 05:53PM Dikemas Kini : 23 May 2019 09:14PM

KARACHI: Di Pakistan, golongan susah dan musafir dialu-alukan berbuka puasa di kawasan tepi jalan sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain untuk membantu golongan kurang bernasib baik, para penderma juga mengambil kesempatan untuk meringankan beban mereka yang dihimpit masalah kewangan dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

Kerusi meja dan tikar panjang dibentangkan sepanjang jalan-jalan raya di bandar Karachi bagi menjemput tidak kira sesiapa sahaja untuk berbuka secara beramai-ramai di luar.

Inisaitif tersebut bukan sahaja untuk membantu keluarga-keluarga susah tetapi sengaja mahu berkongsi rezeki bulan Ramadan.

Sekitar 2,000 fakir di Pakistan banjiri jalan raya setiap hari kala waktu berbuka, dijamu makanan percuma beramai-ramai. (Petikan video: REUTERS)

Dianggarkan kira-kira 2,000 orang hadir menjelang waktu berbuka setiap hari.

Bahkan, ada keluarga yang tidak melepaskan peluang untuk berbuka di luar secara percuma dalam usaha mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Sekitar 2,000 fakir di Pakistan banjiri jalan raya setiap hari kala waktu berbuka, dijamu makanan percuma beramai-ramai. (Petikan video: REUTERS)

Pihak penganjur pula sedaya upaya cuba menjadikan pengalaman berbuka di tepi jalan raya itu semanis pengalaman berbuka bersama keluarga atau sahabat handai.

Bagi sesetengah penduduk, berbuka puasa percuma seperti itu sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos agar mereka boleh mengalihkan perbelanjaan kepada persiapan Aidilfitri atau untuk menampung kos harian yang lain.  

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan