Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Filem pendek Hari Raya PUB menjentik emosi

Peribahasa air dicincang tidak akan putus pastinya bukanlah asing bahkan dekat di hati masyarakat Melayu yang kenal sungguh akan makna bait-bait kata tersirat itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peribahasa air dicincang tidak akan putus pastinya bukanlah asing bahkan dekat di hati masyarakat Melayu yang kenal sungguh akan makna bait-bait kata tersirat itu.

Maka itu, Agensi Air Kebangsaan PUB menjadikannya ilham untuk mempromosikan nilai sebenar sumber asli terhad itu. Ini menerusi sebuah pembikinan filem pendek yang diterbitkan sendiri oleh PUB buat julung-julung kalinya.

Berjudul 'Kinship', atau hubungan kekeluargaan, filem enam minit itu berkisar pada talian erat sepasang adik-beradik lelaki yang menjadi penghuni di rumah anak yatim. Namum mereka akhirnya terpisah apabila si abang diambil sebagai anak titipan lalu meninggalkan adiknya tinggal bersendirian.

Jalan ceritanya yang padat dengan emosi membawakan mesej menghargai talian kekeluargaan serta memaparkan semangat yang wajar dihidupkan ketika menyambut lebaran - berkumpul dan mengeratkan atau memperbaiki silaturahmi sambil bermaaf-maafan.

Nilai penghargaan itu jugalah menjadi mesej utama yang cuba disampaikan kepada penonton - tentang betapa bernilainya setiap titisan air seperti mana dalam sesebuah hubungan kekeluargaan atau persaudaraan. Lantaran itu, setiap titisan air tidak wajar dibazirkan dalam kehidupan seharian. Mentelah lagi, air memainkan peranan utama lagi penting dalaam banyak kegiatan serta acara pelbagai agama dan budaya.

Bukan sekadar menjentik emosi penonton, filem pendek tersebut juga menyelitkan petua menggunakan air dengan cermat dan cara menjimatkannya.

Filem pendek itu sebahagian daripada kempen air PUB bertemakan "Make Eevery Drop Count" yang diadakan selama setahun. Ia bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang peranan yang boleh mereka mainkan untuk menggunakan air dengan cermat.

Filem itu ditulis serta diterbitkan oleh agensi kreatif Tribal Worldwide Singapore dan diarahkan oleh Roslee Yusof daripada Freeflow Productions.

Ia dihasilkan dalam dua hari dengan lokasi penggambaran dilakukan di tempat penuh nostalgia seperti Kuari Tampines dan bangunan Boys' Brigade di Ganges Avenue.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan