Skip to main content

Iklan

Iklan

Dr Maliki tetamu istimewa iftar anjuran Kedutaan AS di S'pura

Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura Cik Stephanie Syptak-Ramnath, menganjurkan majlis iftar pada Rabu (8 Mei) dengan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman menjadi tetamu kehormat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2019 10:06PM Dikemas Kini : 08 May 2019 10:13PM

SINGAPURA: Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura Cik Stephanie Syptak-Ramnath, menganjurkan majlis iftar pada Rabu (8 Mei) dengan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman menjadi tetamu kehormat.

Ini merupakan kali ketiga dan terakhir Cik Syptak-Ramnath menganjurkan majlis iftar di Singapura, kerana akan ditugaskan ke tempat lain pada Julai nanti.

Majlis itu yang diadakan di kediaman rasmi ketua diplomat Amerika Syarikat di Leedon Park, turut disertai para pemimpin dan ketua masyarakat Melayu/Islam tempatan, orang-orang kenamaan serta para diplomat asing.

Dalam ucapannya, Dr Maliki memuji Cik Syptak-Ramnath kerana menganjurkan iftar itu yang menyatukan penganut pelbagai agama dan mampu "memperkukuh keharmonian kaum dan agama".

Ini kata beliau tidak harus diambil ringan sedang beberapa serangan tragik berlaku baru-baru ini, termasuk serangan ke atas dua buah masjid di bandar Christchurch di New Zealand dan gereja-gereja di Sri Lanka baru-baru ini.

"Ia menunjukkan betapa pentingnya kita di Singapura tidak mengambil ringan kesepaduan dan keharmonian kaum di Singapura ini. Yang penting ialah kita akur ini adalah sesuatu yang kita harus lakukan kerana kita tidak boleh mengambil ringan apa yang kita hadapi hari ini, apa yang kita telah capai hari ini," kata Dr Maliki semasa ditemui BERITAmediacorp.

Dr Maliki yang juga merupakan Menteri Negara Kanan Pertahanan, dalam ucapannya itu turut menekankan tentang hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara sejak 53 tahun lalu.

Ini termasuklah pandangan strategik dan kepentingan bersama meliputi bidang pertahanan, ekonomi dan keselamatan.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa perkongsian tersebut akan terus diperteguh di semua peringkat pada tahun-tahun mendatang.

Menurut Cik Stephanie pula, hubungan dua hala antara Singapura dan Amerika Syarikat sudah berkembang dengan pesat sepanjang tiga tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa syukur bahawa warga Singapura dan Amerika Syarikat dibenarkan memilih agama dengan bebas dan tanpa perlu rasa takut.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan