Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dentuman meriam besi cara unik penduduk Kampung Talang sambut Syawal

Berpuluh-puluh das tembakan meriam besi dilepaskan di sebuah kampung selama beberapa jam pada sebelah malam sekaligus meneruskan tradisi yang menandakan permulaan sambutan Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Dentuman meriam besi cara unik penduduk Kampung Talang sambut Syawal

Para penduduk Kampung Talang di negeri Perak menandakan permulaan sambutan Syawal dengan melepaskan tembakan dari meriam-meriam buatan sendiri. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 05 Jun 2019 11:11PM Dikemas Kini : 05 Jun 2019 11:20PM

KUALA KANGSAR: Berpuluh-puluh das tembakan meriam besi dilepaskan di sebuah kampung selama beberapa jam pada sebelah malam sekaligus meneruskan tradisi yang menandakan permulaan sambutan Aidilfitri.

Sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, para penduduk Kampung Talang terletak 40 kilometer dari barat laut Ipoh di negeri Perak menandakan permulaan sambutan Syawal dengan melepaskan tembakan dari meriam-meriam buatan sendiri.

Di salah sebuah tapak meriam yang menghadap sawah padi di luar bandar Kuala Kangsar, 13 meriam diperbuat daripada paip besi diarahkan ke langit sedang sekumpulan belia bersedia memegang obor bernyala.

Ketua mereka Amar Ehzan Mohamad Shahiry kemudian mengarahkan mereka menerusi alat pembesar untuk melepaskan tembakan.

Sekumpulan belia melepaskan tembakan daripada meriam keluli bagi menandakan permulaan perayaan Aidilfitri. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Sekumpulan belia melepaskan tembakan daripada meriam besi bagi menandakan permulaan perayaan Aidilfitri. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Amar berkata meriam pada masa dahulu diperbuat daripada buluh dan digunakan untuk menghalau haiwan liar supaya para penduduk kampung dapat menyambut Hari Raya dengan selamat.

Tradisi melepaskan tembakan menggunakan meriam itu diteruskan dan lama-kelamaan, generasi selanjutnya mula menggantikan buluh dengan besi.

Kecuali dua jenama mercun, kebanyakan bahan mercun atau bunga api dilarang di Malaysia dengan hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang menjual atau menggunakan bahan terlarang.

Para aktivis menggesa penguatkuasaan undang-undang lebih ketat ke atas mercun haram. Bahkan sesetengah daripada mereka menggesa supaya ia diharamkan sama sekali sedang timbul laporan mengenai kanak-kanak yang mencederakan diri mereka sendiri setiap tahun.

Sumber : AFP/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan