Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Carian 'kahwin sepupu' di Google meningkat pada Aidilfitri

Setiap kali kita berkunjung ke rumah sanak-saudara, ada sahaja tetamu yang akan sibuk menggunakan telefon mereka. Sibuk membalas mesej, sibuk sembang di Instagram, sibuk melungsuri laman Facebook. 

Anggaran Waktu Membaca:
Carian 'kahwin sepupu' di Google meningkat pada Aidilfitri

Petikan gambar dari laman Google.

Diterbitkan : 17 Jun 2019 02:37PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 02:39PM

AGENSI: Setiap kali kita berkunjung ke rumah sanak-saudara, ada sahaja tetamu yang akan sibuk menggunakan telefon mereka. Sibuk membalas mesej, sibuk sembang di Instagram, sibuk melungsuri laman Facebook. Ternyata, ada juga yang sibuk 'bertanya' dengan Google jika mereka boleh bernikah dengan sepupu sendiri.

Dalam satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, ramai warga Indonesia didapati sering mencari jawapan bagi soalan itu dan trendnya sangat ketara pada bulan Syawal. Mungkin ada yang mencuri perhatian mereka ketika sedang berkunjung ke rumah kenalan jauh yang tidak dikenali sebelum ini.

Menurut laman gaya hidup Coconuts, kajian itu dijalankan oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Objektiva Indonesia.

Kumpulan itu mendedahkan, carian Google mengenai pertanyaan "menikah dengan sepupu" begitu popular, bahkan melonjak pada minggu lalu.

Kumpulan itu turut melampirkan hasil kajiannya dalam bentuk graf. Ternyata, trend ini berlaku setiap tahun sejak 2015. Ketika Syawal jatuh pada 5 Jun tahun ini, carian seperti itu meningkat bagi tempoh antara 2 hingga 8 Jun.

Menariknya, carian itu sekaligus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang membahaskan jika seseorang boleh bernikah dengan sepupunya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan