Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Burger? Minuman warna-warni? Di bazar ini, belangkas laris bak pisang goreng panas

Sebuah gerai yang menawarkan sajian belangkas yang dibakar, rebus, masak sambal, lemak cili padi dan kerabu menjadi tumpuan ramai di Bazar Ramadan Padang Wahid, Kedawang dekat sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Burger? Minuman warna-warni? Di bazar ini, belangkas laris bak pisang goreng panas

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 May 2019 07:47PM Dikemas Kini : 13 May 2019 07:52PM

LANGKAWI: Sebuah gerai yang menawarkan sajian belangkas yang dibakar, rebus, masak sambal, lemak cili padi dan kerabu menjadi tumpuan ramai di Bazar Ramadan Padang Wahid, Kedawang dekat sini.

Penjualnya, Zaitun Jaafar, 22 tahun, berkata, selain pelanggan yang datang sendiri ke gerainya itu, ada juga yang membuat tempahan awal melalui telefon dan Whatsapp, sebelum mengambilnya di bazar tersebut.
"Harga belangkas mengikut jenis sajian. Untuk bakar dan rebus RM35 (S$11.50) manakala masak sambal, masak lemak cili padi, dan kerabu dijual pada harga RM40 (S$13) seekor.

“Secara purata sehari saya boleh jual 50 ekor belangkas, paling mendapat sambutan ialah belangkas bakar yang sedap dicecah air asam,” katanya kepada Bernama.

Cik Zaitun berkata, beliau amat bersyukur dengan rezeki yang diterima, kerana ini merupakan percubaan pertamanya untuk menjual belangkas di Bazar Ramadan.

“Resipi sajian belangkas ini saya buat sendiri, dan berjaya menawan selera pelanggan. Di Langkawi memang ramai penggemar belangkas, permintaan sentiasa ada, tidak kira waktu.

"Sebelum ini saya cuma masak di rumah, kemudian buat penghantaran ikut pesanan pelanggan. Tahun ini saya beranikan diri untuk ambil tapak di bazar Ramadan dan jual, Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat baik," katanya yang tinggal di Kampung Gelam.

Ketika ditanya mengenai bekalan belangkas untuk penjualan, menurut Zaitun, stok diperolehi dari Johor dan Selangor untuk menampung permintaan dengan mengambil 100 hingga 500 ekor bagi setiap pesanan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan