Skip to main content

Iklan

Iklan

Bubur lambuk resepi istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong M'sia

Kelincahan Raja Permaisuri Agong Malaysia Tunku Azizah Maimunah Iskandariah memasak bubur lambuk resepi istimewanya di Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur menarik perhatian anggota kariah dan orang ramai di sekitar kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bubur lambuk resepi istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong M'sia

Raja Permaisuri Agong Malaysia Tunku Azizah Maimunah Iskandariah memasak bubur lambuk resepi istimewanya di Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 May 2019 05:01PM Dikemas Kini : 18 May 2019 05:07PM

KUALA LUMPUR: Kelincahan Raja Permaisuri Agong Malaysia Tunku Azizah Maimunah Iskandariah memasak bubur lambuk resepi istimewanya di Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur menarik perhatian anggota kariah dan orang ramai di sekitar kawasan itu.

Rata-rata mereka begitu teruja apabila dapat melihat sendiri kehadiran Tunku Azizah yang terkenal dengan hobi memasaknya, apabila beliau tidak kekok menyingsing lengan baju menyediakan sendiri dua kawah bubur lambuk ayam dan daging, antara makanan tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.

"Makcik pertama kali tengok Raja Permaisuri masak, selalu dengar cerita dan tengok di televisyen Tuanku pandai masak, ini tengok sendiri memang rasa gembira lah, memang nampak kehandalan Tuanku masak, tak sabar nak rasa air tangan Tuanku," kata Siti Wahab, 65, anggota kariah di Masjid Kampung Baru selama 10 tahun. 

Melalui Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) itu, bubur lambuk berkenaan kemudiannya diceduk ke dalam 1,000 bungkusan. Tunku Azizah turut mengedarkannya sendiri kepada wakil masjid daripada tujuh zon di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata dua kawah bubur lambuk yang dimasak oleh Tunku Azizah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 71 buah kawah bubur lambuk termasuk satu penyertaan daripada Persatuan Anak Melayu Johor yang dimasak secara gotong-royong melalui program berkenaan.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan