Ramadan & Syawal 2019

Images
  • Baju Melayu Behati
    Baju Melayu 'oversized' jenama Behati. (Gambar: Behati/Instagram)

Baju Melayu 'oversized' jejas budaya Melayu? Inilah pandangan perekanya...

KUALA LUMPUR: Baju Melayu 'oversized' jenama Behati menerima perhatian ramai sejak ia diperkenalkan sekitar dua minggu lalu. Malah, sesetengah netizen mendakwa pereka pakaian itu cuba merosakkan budaya Melayu dengan hasil rekaannya.

Sungguhpun demikian, pereka fesyen baju Melayu yang menjadi viral itu, Kelvin, berkata beliau cuba bersikap optimis terhadap komen-komen yang diterima.

"Pertama sekali apabila baju Melayu rekaan saya viral, saya sangat risaukan kawan-kawan saya yang menjadi model koleksi baju Melayu 'oversized' saya. Sebolehnya saya mahu menjaga perasaan mereka kerana banyak membantu saya," katanya, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

"Kemudian saya cuba melihat komen dan kritikan itu daripada sudut positif, sedikit sebanyak ia menjadi sebahagian daripada publisiti untuk jenama saya tetapi saya kecewa apabila dituduh cuba merosakkan budaya Melayu," tambahnya.

Baju Melayu 'oversized' Behati direka untuk kelihatan lebih besar bagi pemakai.

Komen-komen berbaur negatif yang dilemparkan oleh sebilangan netizen bagimanapun tidak menjatuhkan semangat Kelvin untuk terus mereka baju-baju baru, menurut laporan Astro Awani.

Kelvin sebaliknya memberitahu Gempak bahawa beliau yakin ciri-ciri rekaannya itu mempunyai keunikan dan fungsi tersendiri.  

- Agensi berita/AI/ai

Top