Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Baju Melayu 'kelawar' tular di media sosial

Pelik tapi benar! Anda pasti tertanya-tanya siapa yang ingin memakai baju Melayu yang dua atau tiga kali lebih besar daripada ukuran badan!

Anggaran Waktu Membaca:
Baju Melayu 'kelawar' tular di media sosial

Baju Melayu 'kelawar'.

Diterbitkan : 04 May 2019 08:04PM Dikemas Kini : 05 May 2019 09:54AM

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar! Anda pasti tertanya-tanya siapa yang ingin memakai baju Melayu yang dua atau tiga kali lebih besar daripada ukuran badan!

Baru-baru ini, rekaan baju Melayu ala-ala baju kelawar yang tular di Facebook mengundang kontroversi dan dikecam oleh orang ramai. Ini kerana terdapat golongan yang mendakwa rekaan baju sedemikian merosakkan imej pakaian tradisional orang Melayu, menurut Astro Awani.

Astro Awani melaporkan bahawa berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di laman Facebook Aliff Channel, baju Melayu itu direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan.

Bahkan baju yang diperagakan oleh para model lelaki dan wanita digambarkan seolah-olah seperti patung manusia di sawah padi, dan menggelarkan ia fesyen "tutup perut."

Bagaimanapun, pereka fesyen baju Melayu versi kelawar itu masih belum diketahui, menurut Astro Awani lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan