Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

50,000 warga M'sia serbu rumah terbuka Seri Perdana sempena Raya, dihoskan Mahathir

Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat hari ini (5 Jun) mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dan menteri kabinet di Seri Perdana.

Anggaran Waktu Membaca:
50,000 warga M'sia serbu rumah terbuka Seri Perdana sempena Raya, dihoskan Mahathir

Orang ramai mula berkumpul seawal 8.30 pagi lagi di gerbang pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung sehingga 4.30 petang. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Jun 2019 01:47PM Dikemas Kini : 05 Jun 2019 01:49PM

PUTRAJAYA: Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat hari ini (5 Jun) mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dan menteri kabinet di Seri Perdana. Kediaman rasmi perdana menteri itu mula membuka pintunya untuk mengalu-alukan kedatangan orang ramai pukul 10.00 pagi tadi.

Ia merupakan majlis rumah terbuka Aidilfitri kedua Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dr Mahathir dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, tiba kira-kira pukul 12.00 tengah hari selepas menghadiri rumah terbuka Istana Negara.

Seramai 50,000 tetamu dijangka menghadiri rumah terbuka tersebut dengan mereka mula berkumpul seawal 8.30 pagi lagi di pintu gerbang Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung sehingga 4.30 petang.
Selain kemudahan 1,150 petak letak kereta berhampiran kawasan Seri Perdana, orang ramai dilihat turut hadir menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan di tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

Selain disajikan pelbagai juadah Hari Raya, orang ramai juga berpeluang bersalaman dan bergambar bersama Dr Mahathir dan isterinya selain para anggota Kabinet.

Antara anggota Jemaah Kabinet yang dijangka turut hadir meraikan tetamu termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Turut dijangka hadir memeriahkan rumah terbuka itu ialah Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan