Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 beranak ini gembira dapat rumah baru jelang Aidilfitri

Kurang seminggu selepas media Malaysia mendedahkan kehidupan lima beranak miskin yang tinggal di bangsal usang di Kampung Bukit Gajah di Gua Musang, akhirnya impian mereka untuk menduduki rumah baru tercapai.

Anggaran Waktu Membaca:
5 beranak ini gembira dapat rumah baru jelang Aidilfitri

Pasangan suami isteri Auseng Ngoh dan Haida Abdullah bersama tiga anak mereka di hadapan rumah baru mereka. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 May 2019 08:42PM Dikemas Kini : 13 May 2019 08:46PM

GUA MUSANG: Kurang seminggu selepas media Malaysia mendedahkan kehidupan lima beranak miskin yang tinggal di bangsal usang di Kampung Bukit Gajah di Gua Musang, akhirnya impian mereka untuk menduduki rumah baru tercapai. Ini selepas Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) menyumbangkan sebuah rumah.

Mereka mula berpindah ke rumah baru yang terletak di Kampung Tanah Puteh pada Ahad (12 Mei), sebaik menerima kunci rumah daripada rombongan MAIK ketika melawat bangsal usang keluarga itu pada Sabtu (11 Mei).

Haida Abdullah, 32 tahun, menyifatkan bantuan rumah baru itu sebagai rahmat Ramadan. Dengan itu, keluarganya berpeluang menyambut Aidilfitri nanti dalam keadaan selesa selepas kisah kemiskinan kehidupan mereka mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk MAIK.

"Sungguh terkejut bagi kami sekeluarga hanya tak sampai seminggu kisah hidup keluarga saya tinggal di bangsal usang, akhirnya kami menerima kunci rumah MAIK untuk perpindahan segera," katanya ketika ditemui di rumah barunya pada Ahad (12 Mei).

Cik Haida berkata, keluarganya tidak pernah bermimpi untuk tinggal di rumah baru sumbangan MAIK dalam masa yang singkat. Menurut beliau, rumah itu mungkin sudah lama siap dibina selepas diagihkan kepada mangsa banjir besar Disember 2014.

HANYA RAIH PENDAPATAN RM500 SEBULAN

Cik Haida mengakui keluarganya terpaksa tinggal di bangsal usang sejak setahun lalu kerana tidak mampu membayar rumah sewa selepas suaminya, Auseng Ngoh, 35, yang mengambil upah menoreh getah hanya memperolehi pendapatan sekitar RM500 (S$164) sebulan.

Katanya, perbelanjaannya juga terpaksa dijimatkan bagi persekolahan tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Malah, beliau berkata kadangkala anak-anaknya tidak dapat ke sekolah kerana habis wang belanja.

"Kami mengucapkan banyak terima kasih kepada semua pihak termasuk orang perseorangan, badan bukan kerajaan (NGO), guru dan kakitangan kerajaan yang menghulurkan pelbagai sumbangan bagi meringankan beban kami.

"Lebih bernilai lagi, bantuan rumah oleh MAIK ini kerana dapat memberi kehidupan kami lebih selesa sampai bila-bila," katanya.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan