Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,500 orang buka puasa dalam majlis anjuran Pertapis di Geylang

Lebih 2,500 orang menyertai majlis berbuka puasa anjuran Pertapis, yang dipercayai acara berbuka puasa terbesar dianjurkan satu-satu pertubuhan di Singapura tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
2,500 orang buka puasa dalam majlis anjuran Pertapis di Geylang

2,500 orang buka puasa dalam majlis anjuran Pertapis di Geylang pada 22 Mei 2019.

SINGAPURA: Lebih 2,500 orang menyertai majlis berbuka puasa anjuran Pertapis, yang dipercayai acara berbuka puasa terbesar dianjurkan satu-satu pertubuhan di Singapura tahun ini.

Majlis mega itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Ong Ye Kung selaku tetamu kehormat dan berlangsung di Rumah Peralihan Pertapis malam semalam (22 Mei).

Mereka yang hadir meliputi golongan yang mendapat pelbagai jenis bantuan dari Pertapis seperti warga emas, fakir miskin dan keluarga berpendapatan rendah dan para penghuni Rumah Peralihan Pertapis.

Bilangan besar 2,500 orang itu termasuk lebih 800 buah keluarga yang menjadi penerima Tabung Amal Jariah Pertapis, yang setiap satu membawa beberapa anggota keluarga.

Dalam majlis ini, Pertapis turut mengagihkan barang-barang dapur serta wang tunai antara $50 hingga $200 kepada setiap keluarga sebagai persiapan Hari Raya. Secara keseluruhan, wang tunai sebanyak $109,000 diagih-agihkan Pertapis.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung sertai 2,500 orang buka puasa dalam majlis anjuran Pertapis di Geylang pada 22 Mei 2019. 

Istimewa kali ini, pakaian-pakaian Hari Raya juga diberikan secara percuma kepada 300 buah keluarga bagi melengkapi persiapan Lebaran mereka.

Majlis berbuka puasa ini mendapat sokongan 120 tenaga relawan daripada badan-badan seperti WE CARE dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan