Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

180,000 jemaah solat Jumaat pertama Ramadan di Al-Aqsa

Sekitar 180,000 umat Islam menyertai solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, Baitulmakdis Timur, sempena Jumaat pertama Ramadan, tahun ini, menurut badan yang mengendalikan kawasan suci itu.

Anggaran Waktu Membaca:
180,000 jemaah solat Jumaat pertama Ramadan di Al-Aqsa

180,000 jemaah solat Jumaat pertama Ramadan 2019 di Al-Aqsa. (Gambar: AFP)

BAITULMAKDIS: Sekitar 180,000 umat Islam menyertai solat Jumaat di masjid Al-Aqsa, Baitulmakdis Timur, sempena Jumaat pertama Ramadan, tahun ini, menurut badan yang mengendalikan kawasan suci itu.

Jumlah jemaah yang dilaporkan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang mencatatkan 120,000 jemaah menunaikan solat Jumaat pada Ramadan pertama.

Ketua pengarah Waqf, Azzam al-Khatib berkata banjiran jemaah tiba di tapak itu meskipun terpaksa melalui beberapa pos pemeriksaan dan kewujudan ramai anggota keselamatan Israel.

Mujur, ibadat itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, katanya kepada AFP.

Kawasan dikawal Israel itu adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia sering menjadi punca konflik Israel dan Palestin.

Larangan ke atas penduduk Palestin dari Tebing Barat dilonggarkan semasa Ramadan yang bermula Isnin.

Israel menganggap seluruh Baitulmakdis sebagai ibu kotanya manakala Palestin mahu bahagian timur dijadikan ibu kota bagi penubuhan negara Palestin.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan