Ramadan & Syawal 2019

Images
  • indon balik kampung
    Jutaan penduduk di ibu kota Indonesia mula pulang ke kampung.

15 juta penduduk Jakarta pulang ke kampung halaman untuk Syawal

JAKARTA: Jutaan penduduk di ibu kota Indonesia mula pulang atau mudik ke kampung halaman sempena lebaran.

Kesesakan berjam-jam dan barisan panjang kenderaan sudah menjadi kebiasaan menjelang Syawal setiap tahun.

Akibatnya, perjalanan balik kampung menggunakan kereta boleh mengambil masa sehingga 40 jam berbanding lapan jam kalau hari-hari biasa.

Tetapi dalam tempoh empat tahun pentadbiran Presiden Joko Widodo, kini ada 10 lapangan terbang baru dan rangkaian jalan tol sejauh lebih 600 kilometer yang menghubungkan bandar-bandar utama di pulau Jawa dan Sumatera.

Hampir 15 juta penduduk ibu kota Jakarta dijangka pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Syawal kali ini dan lebuh raya tol yang baru dijangka dapat mengurangkan kesesakan.

Lebih ramai orang memilih untuk menggunakan jalan darat kerana lebih murah berbanding menggunakan pengangkutan lain seperti pesawat.

- Agensi Berita/AA/ur

Top