Skip to main content

Iklan

Iklan

Yip Pin Xiu pertahan juara 50 meter kuak lentang S2

Perenang negara Yip Pin Xiu mengharumkan lagi nama Singapura dengan merangkul pingat emas acara lumba kuak lentang 50 meter S2 di Paralimpik Tokyo hari ini (2 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Yip Pin Xiu pertahan juara 50 meter kuak lentang S2

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 07:08PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 07:10PM

SINGAPURA: Perenang negara Yip Pin Xiu mengharumkan lagi nama Singapura dengan merangkul pingat emas acara lumba kuak lentang 50 meter S2 di Paralimpik Tokyo hari ini (2 Sep).

Beliau mencatat masa 1:02.04 di Pusat Akuatik Tokyo, sekaligus mempertahankanpingat emas yang dimenanginya di Paralimpik Rio 2016.

Perenang berusia 29 tahun itu sebelum ini mendahului pesaingnya dalam pusingan saringan, dengan mencatat masa 1:03.61. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia bagi acara itu.

Yip menamatkan kempennya dalam temasya Paralimpik Tokyo dengan dua pingat emas setelah berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam acara 100 meter kuak lentang S2 pada minggu lalu.

Yip menjadi rakyat Singapura pertama meraih dua pingat emas di Paralimpik Rio 2016 dan mencatatkan dua rekod dunia.

Toh Wei Soong yang bertanding buat kali pertama di Paralimpik bakal bersaing dalam pusingan saringan gaya kupu-kupu lelaki 50 meter S7 pada pagi Jumaat (3 Sep).

Seramai 10 atlit Singapura bersaing dalam enam sukan Paralimpik Tokyo, termasuk empat atlit yang membuat kemunculan buat kali pertama.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan