Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura catat prestasi kedua terbaik Paralimpik; menang 2 pingat emas

Badan-badan sukan Singapura menyifatkan prestasi pasukan negara di Paralimpik Tokyo sebagai "kejayaan yang memberangsangkan".

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat prestasi kedua terbaik Paralimpik; menang 2 pingat emas

Kumpulan pertama atlit Team Singapore bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 08:02PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 08:05PM

SINGAPURA: Badan-badan sukan Singapura menyifatkan prestasi pasukan negara di Paralimpik Tokyo sebagai "kejayaan yang memberangsangkan".

Kemenangan dua pingat emas kali ini adalah prestasi kedua terbaik di temasya sukan itu.

Ketua Institut Sukan Singapura Toh Boon Yi melahirkan harapan agar lebih ramai atlit berkeperluan khas terdorong untuk bertanding dalam acara-acara peringkat tinggi dengan menyediakan ekosistem sukan yang sesuai.

Seramai 10 atlit Singapura menyertai 18 acara bagi enam sukan di Paralimpik Tokyo.

Mereka mencatatkan lima rekod negara serta tujuh rekod peribadi dan dua rekod musiman.

Pihak berkuasa menyanjung para atlit yang membuat penampilan sulung di Paralimpik. Ini kerana mereka menunjukkan prestasi cemerlang meskipun kurang bertanding semasa pandemik ini.

Mereka termasuk perenang Toh Wei Soong dan Sophie Soon serta Nur Aini Mohamad Yasli, yang mewakili Singapura buat julung-julung kalinya dalam acara angkat berat 'powerlifting' di temasya Paralimpik.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan