Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang Singapura Toh Wei Soong raih tempat ke-4 gaya kupu-kupu 50 meter lelaki S7

Perenang negara Toh Wei Soong menunjukkan prestasi baik dalam peringkat akhir acara renang gaya kupu-kupu 50 meter lelaki S7 di Paralimpik Tokyo pada Jumaat (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang Singapura Toh Wei Soong raih tempat ke-4 gaya kupu-kupu 50 meter lelaki S7

Toh Wei Soong (Gambar: Facebook/Edwin Tong)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 07:27PM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 07:30PM

SINGAPURA: Perenang negara Toh Wei Soong menunjukkan prestasi baik dalam peringkat akhir acara renang gaya kupu-kupu 50 meter lelaki S7 di Paralimpik Tokyo pada Jumaat (3 Sep).

Namun Toh gagal meraih pingat setelah menduduki tempat keempat dengan mencatat masa 29.50 saat iaitu hanya 0.16 saat di belakang pesaing ketiga.

Toh bagaimanapun mencatatkan rekod baru nasional.

Acara itu dimenangi Evan Austin dari Amerika Syarikat, yang mencatat masa 28.98 saat.

Perenang Ukraine berada di tempat kedua dengan masa 29.03 saat manakala perenang Colombia, mencatat masa 29.34 saat untuk meraih pingat gangsa.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan