Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pegawai Paralimpik pertahan keputusan batal pingat emas atlit lontar peluru M'sia

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Rabu (1 Sep) mempertahankan keputusannya untuk membatalkan penyertaan seorang atlit lontar peluru Malaysia kerana lewat melaporkan diri. Pingat emas yang dimenanginya turut ditarik balik, sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai Paralimpik pertahan keputusan batal pingat emas atlit lontar peluru M'sia

(Gambar: Philip FONG / AFP)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 04:41PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 06:17PM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Rabu (1 Sep) mempertahankan keputusannya untuk membatalkan penyertaan seorang atlit lontar peluru Malaysia kerana lewat melaporkan diri. Pingat emas yang dimenanginya turut ditarik balik, sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Muhammad Ziyad Zolkefli dibenarkan bertanding dalam pusingan akhir F20 di Tokyo pada Selasa walaupun lewat tiba, dan kemudian berjaya merangkul pingat emas serta memecahkan rekod dunia.

Namun, penyertaannya bersama dua atlit lain kemudiannya dibatalkan oleh para pegawai yang memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai alasan munasabah lewat melaporkan diri di bilik pemeriksaan (call room). Pingat emas tersebut diberikan kepada wakil Ukraine, Maksym Koval.

Jurucakap IPC Craig Spence berkata seorang pengadil perlawanan menentukan bahawa "tiada sebab yang sah" bagi Ziyad datang lewat, dan rayuan yang dikemukakan ditolak.

Meskipun demikian, Spence berkata atlit Ukraine itu kini "menerima kecaman hebat dari rakyat Malaysia".

"Ada yang berkata warga Ukraine itu mencuri pingat emas. Tidak, tidak sama sekali. Warga Ukraine itu tidak terbabit. Atlit-atlit yang lambat melaporkan diri," kata Spence.

"Terdapat luahan perasaan yang lantang dari ramai warga Malaysia di media sosial. Sungguh kesat. Tidak munasabah, pada pendapat saya," tambah beliau.

Spence berkata atlit yang lewat melaporkan diri mendakwa tidak mendengar pengumuman atau tidak memahami pengumuman dibuat kerana disampaikan dalam bahasa yang tidak mereka faham - namun beliau menarik perhatian bahawa atlit-atlit lain mampu melaporkan diri tepat pada masanya.

Kategori F20 sukan lontar peluru adalah bagi atlit kurang upaya intelektual.

Di media sosial, para pengkritik terus menolak pembatalan Ziyad, yang memenangi pingat emas di Paralimpik Rio pada 2016. Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan IPC sebagai "keputusan memalukan".

"Keaiban besar yang bercanggah dengan semangat Paralimpik," kata beliau di Twitter. "Dengki dan remeh. Pingat emas dan rekod dunia dicuri."

Agong dan Permaisuri Malaysia turut menggesa "pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untuk meneliti sebab-sebab pembatalan...demi memastikan ia tidak diulangi pada masa depan," menurut kenyataan dari Istana.

Ia menambah bahawa Sultan Abdullah menzahirkan rasa "bangga dengan pencapaian dan prestasi (Ziyad)".

Ziyad sendiri membuat catatan ringkas di Instagram untuk meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka. 

Sumber : AFP/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan