Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

M'sia cuba perolehi rakaman CCTV bagi tepis dakwaan Muhammad Ziyad gagal lapor diri

Malaysia akan cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi melihat keadaan sebenar berhubung dakwaan atlit Sukan Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, yang dikatakan lewat memasuki call room atau bilik pemeriksaan, menurut AstroAWANI.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia cuba perolehi rakaman CCTV bagi tepis dakwaan Muhammad Ziyad gagal lapor diri

Jaguh olahraga Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 08:48AM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 08:50AM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi melihat keadaan sebenar berhubung dakwaan atlit Sukan Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, yang dikatakan lewat memasuki call room atau bilik pemeriksaan, menurut AstroAWANI.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Megat Shahriman Zaharudin berkata langkah itu bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan bukti bagi tindakan lanjut yang akan dibuat selepas ini.

“Kita sedang cuba dapatkan rakaman CCTV di bilik panggilan 'call room' dan kawasan menunggu Stadium Olimpik Tokyo untuk dapatkan gambaran serta masa sebenar insiden bagi tujuan bahan bukti untuk teruskan tindakan selanjutnya,” katanya semasa sidang media secara maya pada Rabu (1 Sep).

Dalam pada itu, pihaknya juga memberitahu penjelasan sudahpun dibuat kepada pihak Jawatankuasa Penganjur berhubung keadaan sebenar yang berlaku pada Ziyad.

Mesyuarat yang turut disertai Ketua Kontinjen negara itu sebagai langkah untuk mempertahankan kemenangan yang diperoleh Ziyad menerusi acara lontar peluru lelaki F20 pada Selasa, lapor AstroAWANI.

“Selaku Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, saya berjanji akan berusaha memperjuangkan nasib jaguh lontar peluru kebangsaan kita.

“Saya telah bertemu dengan Ziyad untuk maklumkan hasil mesyuarat CDM dan dia kelihatan berlapang dada dengan keputusan tersebut,” ungkapnya lagi.

Pada masa sama, Encik Megat memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberikan ganjaran kepada Ziyad atas prestasi cemerlang di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, lapor AstroAWANI.

Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Stadium Olimpik Tokyo pada Rabu.

Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas bantahan daripada kem Ukraine yang mendakwa atlit berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di bilik pemeriksaan.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan