Skip to main content

Iklan

Iklan

Atlit angkat berat 'powerlifting S'pura Nur'Aini duduki tempat ke-6

Atlit sukan angkat berat ‘powerlifting’ Singapura Nur'Aini Mohamad Yasli mendapat tempat keenam daripada sembilan atlit wanita bagi kategori angkat berat sehingga 45 kilogram di peringkat akhir Sukan Paralimpik Tokyo hari ini (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit angkat berat 'powerlifting S'pura Nur'Aini duduki tempat ke-6

Nur'Aini Mohamad Yasli adalah atlit angkat berat 'powerlifting' S'pura pertama untuk mewakili negara di Sukan Paralimpik. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 26 Aug 2021 08:20PM Dikemas Kini : 26 Aug 2021 10:44PM

SINGAPURA: Atlit sukan angkat berat ‘powerlifting’ Singapura Nur'Aini Mohamad Yasli mendapat tempat keenam daripada sembilan atlit wanita bagi kategori angkat berat sehingga 45 kilogram di peringkat akhir Sukan Paralimpik Tokyo hari ini (26 Ogos).

Individu berusia 29 tahun itu yang merupakan wanita rakyat Singapura pertama mewakili pasukan para-powerlifting negara berjaya mengangkat berat 77 kilogram pada percubaan kali kedua dalam penampilan sulung beliau di temasya itu.

Percubaan akhir Nur'Aini mengangkat berat 82 kilogram di pusingan akhir malangnya tidak berhasil.

Pingat emas dimenangi Latifat Tijani dari Nigeria yang mengangkat berat 107 kilogram. Cui Zhe dari China yang berjaya mengangkat berat 102 kilogram pula membawa pulang pingat perak manakala pingat gangsa pula milik Justyna Kozdryk dari Poland dengan berat 101 kilogram.

MAXIMILLIAN TAN DUDUKI TEMPAT KE-11

Sementara itu, atlit tunggang kuda Maximillian Tan beraksi dalam pusingan akhir acara perseorangan Gred II 'dressage' atau juga dikenali sebagai balet kuda.

Rakyat Singapura berusia 34 tahun itu menduduki tempat ke-11 daripada 12 pesaing dengan mencatat 61.588 mata. Oleh sebab beliau bukan dalam kalangan lapan atlit terbaik acara tersebut, Maxmillian tidak berjaya mara ke acara perseorangan gaya bebas.

Beliau yang mewakili negara buat kali ketiga di Sukan Paralimpik itu juga akan bersaing dalam acara berpasukan 'dressage' bersama rakan-rakan sepasukan Laurentia Tan dan Gemma Foo.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan