Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Pemain bola tampar Brazil dakwa tidak bersalah atas keputusan positif ujian dadah

Seorang pemain bola tampar Brazil, yang digantung kerana menyalah guna dadah ketika bersaing dalam Olimpik Tokyo, mendakwa bahan terlarang yang ditemui dalam satu ujian pada Julai lalu diperkenalkan secara tidak sengaja ke dalam tubuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Pemain bola tampar Brazil dakwa tidak bersalah atas keputusan positif ujian dadah

Pemain bola tampar Brazil, Tandara Caixeta, beraksi dalam perlawanan pusingan kelyakan kumpulan A menantang Kenya di Olimpik Tokyo 2020 pada 2 Ogos 2021. (Gambar: Luis Robayo/AFP)

Diterbitkan : 07 Aug 2021 09:59AM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 10:28AM

RIO DE JANEIRO: Seorang pemain bola tampar Brazil, yang digantung kerana menyalah guna dadah ketika bersaing dalam Olimpik Tokyo, mendakwa bahan terlarang yang ditemui dalam satu ujian pada Julai lalu diperkenalkan secara tidak sengaja ke dalam tubuhnya.

Sepucuk surat yang dikeluarkan oleh peguam Tandara Caixeta pada Jumaat (6 Ogos) tidak menjelaskan lanjut namun menyatakan pemain itu mengambil Ostarina tanpa disedarinya. Ostarina adalah sejenis dadah yang digunakan oleh atlit bina badan dan ia membantu meningkatkan prestasi olahraga.

Caixeta sudahpun meninggalkan khemah pasukannya dan membuat penerbangan pulang ke Brazil.

"Kami yakin sepenuhnya bahawa kami akan membuktikan Ostarina memasuki bahagian organ atlit itu secara tidak sengaja dan ia tidak digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan," menurut surat peguam itu.

“Baru-baru ini, beberapa atlit Brazil menjadi mangsa insiden melibatkan Ostarina," tambahnya tanpa memberi penjelasan lanjut.

Jawatankusa Olimpik Brazil mendedahkan berita tentang hasil ujian positif pemain itu sejurus sebelum perlawanan separuh akhir Brazil menentang Korea Selatan.

Brazil memenangi 3-0 sekali gus layak mara ke perlawanan pingat emas menentang Amerika Syarikat pada Ahad.

Ujian positif itu dilakukan di luar perlawanan tersebut di pusat latihan bola tampar Brazil pada 7 Julai, menurut jawatankuasa berkenaan.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan