Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada istilah 'hak istimewa kaum Cina' dalam masyarakat berbilang kaum S'pura, tegas PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menegaskan tiada istilah 'hak istimewa kaum Cina' dalam masyarakat berbilang kaum di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Aug 2021 07:15PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 09:13PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menegaskan tiada istilah 'hak istimewa kaum Cina' dalam masyarakat berbilang kaum di Singapura.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan dalam bahasa Mandarin pada Ahad (29 Ogos).

PM Lee berkata semua kaum di negara ini dianggap sama, tanpa mempunyai 'hak istimewa' masing-masing.

Perkara itu, kata PM Lee, adalah teras utama bagi mewujudkan keharmonian kaum serta dasar-dasar awam negara.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa insiden berkaitan perkauman di sini mendapat sorotan umum.

PM Lee berkata ada kalanya insiden sedemikian tersebar di media sosial dan boleh menjejas hubungan silang kaum.

Beliau menambah ramai masyarakat Singapura daripada pelbagai latar belakang menolak tindakan perkauman termasuk masyarakat Cina sendiri.

Lantaran itu, PM Lee menegaskan tiada istilah 'hak istimewa kaum Cina' di negara ini serta dasar-dasar awamnya.

Malah, tambah beliau, masyarakat Cina turut bertolak ansur demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Namun begitu, PM Lee menggesa segelintir masyarakat Cina supaya lebih peka tentang cabaran dan perasaan kaum-kaum minoriti.

Misalnya, isu rumah sewa dan peluang pekerjaan yang dialami golongan minoriti.

PM Lee berkata contoh-contoh itu melibatkan ruang bersama yang dikongsi semua kaum dan tidak harus membuat golongan minoriti menjadi mangsa diskriminasi.

Dengan itu, PM Lee berharap agar semua kaum terus bertolak ansur dan menegakkan prinsip kesamarataan untuk membina masyarakat yang lebih inklusif demi mencapai keharmonian dan perpaduan negara.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan