Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PERGAS berbesar hati atas keputusan izinkan pemakaian tudung bagi jururawat muslim

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) melahirkan penghargaannya kepada Pemerintah atas keputusan untuk membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas, jika mereka mahu.

Anggaran Waktu Membaca:
PERGAS berbesar hati atas keputusan izinkan pemakaian tudung bagi jururawat muslim

Gambar fail kakitangan kesihatan di luar Hospital Tan Tock Seng pada 30 Apr 2021 (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) melahirkan penghargaannya kepada Pemerintah atas keputusan untuk membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas, jika mereka mahu.

HASIL USAHA SEPADU MASYARAKAT DENGAN AMBIL KIRA PERPADUAN DAN KEHARMONIAN AGAMA

Berita baik ini disifatkan sebagai "berkat kesabaran, usaha bersepadu, kesungguhan untuk membincangkan perkara ini dengan penuh teliti, strategik dan berhemah, dengan mengambil kira perpaduan dan keharmonian agama yang selama ini kita nikmati", jelas Ketua Pegawai Eksekutif PERGAS, Ustaz Dr Mohd Qusairy Thaha.

Tambahnya, pelibatan asatizah dalam membincangkan isu-isu demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam merupakan usaha berterusan daripada kepimpinan PERGAS seawal tahun 1980-an sehingga ke hari ini, sama ada secara terbuka mahupun di balik tabir.

PERBINCANGAN BERDEKAD LAMANYA, BERKAT KESUNGGUHAN DAN KESABARAN

Usaha yang dibincangkan berdekad lamanya itu turut memperlihatkan kesungguhan dan kesabaran kerana ia melibatkan pelbagai pihak termasuk pemerintah, asatizah, jururawat, penggubal undang-undang serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Singapura sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama, PERGAS akur tidak dapat elak daripada berlakunya perbezaan pendapat, malah di dalam masyarakat Melayu/Islam sendiri juga terdapat perbezaaan tersebut.

Maka itu, penting untuk masyarakat memperluaskan perbincangan, pengetahuan, penelitian dan pemahaman antara satu sama lain.  

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan