Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbarisan Istiadat Hari Kebangsaan berlangsung 9 Ogos

Satu Perbarisan Istiadat Hari Kebangsaan akan berlangsung di Pentas Terapung @ Marina Bay pada 9 Ogos dengan sekitar 600 peserta dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team berada di lokasi tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perbarisan Istiadat Hari Kebangsaan berlangsung 9 Ogos

Bendera negara terbang lalu semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2019. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 07 Aug 2021 08:45AM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 08:48AM

SINGAPURA: Satu Perbarisan Istiadat Hari Kebangsaan akan berlangsung di Pentas Terapung @ Marina Bay pada 9 Ogos dengan sekitar 600 peserta dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team berada di lokasi tersebut.

Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini (7 Ogos).

Lagi kira-kira 200 peserta dari sembilan kumpulan seragam belia serta 12 pertubuhan sosial dan ekonomi juga akan menyertai perbarisan itu secara maya.

Perbarisan istiadat itu juga akan meliputi acara terbang lalu bendera negara melibatkan satu helikopter CH-47 Chinook dengan diiringi dua helikopter AH-64 Apache Longbow.

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini ditunda ke 21 Ogos selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dijadual berakhir. Sebaliknya, perbarisan istiadat akan dianjurkan pada Hari Kebangsaan sendiri.

Sejajar dengan langkah pengurusan selamat COVID-19, saiz kontinjen bagi perbarisan istiadat akan dikecilkan berbanding NDP sebelum ini dan para peserta akan mengamalkan jarak selamat, menurut MINDEF dalam kenyataan medianya.

“Bagi memastikan langkah pengurusan selamat boleh dilaksanakan, jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan fizikal sudahpun dikurangkan sebanyak 70 peratus berbanding perbarisan-perbarisan terdahulu yang dianjurkan di Pentas Terapung @ Marina Bay," menurut MINDEF.

“Saiz kontinjen dikecilkan dan jarak satu meter dijaga antara para peserta dalam kontinjen yang sama."

KONTINJEN MINDEF

Pengawal Kehormatan perbarisan itu akan dibentuk oleh empat kontinjen dengan setiap satu meliputi 72 pegawai, seorang panglima kontinjen dan panglima kedua.

Batalion Komando Pertama akan mewakili Tentera manakala Unit Penyelam Tentera Laut (NDU) akan mewakili Angkatan Laut Republik Singapura. Panglima Markas Penjana Kuasa Udara bakal mewakili Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Markas Latihan Polis pula akan mewakili Pasukan Polis Singapaura (SPF).

Kontinjen Pembawa Panji-panji Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membawa 37 panji rejimen sementara Tentera, RSN, RSAF, SPF dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SDCF) masing-masing akan menyediakan satu kontinjen sokongan yang dibentuk oleh 48 anggota perkhidmatan negara wanita serta seorang panglima kontinjen.

Satu pancaragam gabungan meliputi 53 anggota daripada Pancaragam Pusat SAF dan Pancaragam SPF juga akan mengambil bahagian dalam perbarisan itu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan