Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penting setiap kaum kongsi sejarah, warisan budaya dengan generasi muda, kata PM Lee

PM Lee juga menggesa para pelajar SAP supaya tingkatkan pergaulan dengan kaum-kaum lain agar dapat fahami betapa pentingnya hubungan berbilang kaum di S'pura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Aug 2021 07:30PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 09:11PM

SINGAPURA: Adalah penting bagi setiap kaum berkongsi dengan generasi muda tentang sejarah dan warisan budaya masing-masing, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Menekankan demikian semasa menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan dalam bahasa Mandarin hari ini (29 Ogos), beliau menambah bahawa pemerintah sentiasa memberi sokongan kepada semua kaum untuk menggalak dan mengekalkan budaya masing-masing.

Dalam hal itu, PM Lee turut memuji usaha yang dilakukan pelbagai pihak dalam kalangan masyarakat Cina.

Selain usaha di peringkat pertubuhan seperti persatuan suku kaum Cina serta institusi seperti Majlis Penggalakan Bahasa Mandarin, golongan dewasa di rumah juga digesa supaya mendedahkan anak-anak mereka kepada bahasa dan budaya Cina agar minat mereka dapat dipupuk dari awal.

PM Lee turut menyentuh tentang evolusi budaya Cina setempat yang mencerminkan keunikan semangat Singapura.

Ini dapat dilihat daripada karya-karya seni tempatan, yang berjaya menggabungkan tradisi Timur dan Barat berciri khas Singapura.

PM Lee melahirkan harapan agar lebih ramai bakat dwibahasa dan dwibudaya sebegini dapat dilahirkan oleh Sekolah-Sekolah Bantuan Khas (SAP).

Namun, para pelajar SAP turut digesa supaya mempertingkatkan pergaulan dengan kaum-kaum lain agar dapat memahami betapa pentingnya hubungan berbilang kaum di Singapura.

Hasil daripada segala usaha tersebut, maka terbentuk sebuah identiti unik kaum Cina Singapura, yang berbeza dengan masyarakat Cina yang lain. 

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan