Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakai tudung atau tidak mulai Nov nanti? Ini luahan dan dilema para jururawat...

Walaupun jururawat akan dibenarkan memakai tudung mulai 1 November ini, hakikatnya masih banyak lagi perspektif yang perlu difahami dan diberi perhatian.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Walaupun jururawat akan dibenarkan memakai tudung mulai 1 November ini, hakikatnya masih banyak lagi perspektif yang perlu difahami dan diberi perhatian.

Jururawat veteran dengan 21 tahun pengalaman bernama Nurli Fadhillah Ab Latiff misalnya berkata meskipun beliau memakai tudung di luar hospital, beliau belum memutuskan sama ada akan berbuat demikian semasa bekerja dengan uniform jururawatnya.

"Saya menyokong pelaksanaan ini. Saya melihat ia sebagai langkah positif bagi jururawat Muslim wanita dan saya amat menghargainya," kata beliau dalam satu wawancara dengan BERITAmediacorp hari ini (31 Ogos).

SERAGAM JURURAWAT TIDAK BOLEH LONGGAR SANGAT

Meskipun begitu, Cik Nurli yang bertugas sebagai jururawat klinisian di Unit Jagaan Rapi Neonatal di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) berkongsi tentang beberapa dilema yang dialaminya.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan