Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangga pencapaian masyarakat Melayu diiktiraf PM Lee, akur isu tudung perlu pertimbangan lindungi keharmonian: Masagos Zulkifli

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan rasa bangganya apabila kemajuan masyarakat Melayu/Islam diiktiraf Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan rasa bangganya apabila kemajuan masyarakat Melayu/Islam diiktiraf Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Encik Masagos memberikan reaksinya melalui satu wawancara Zoom, terhadap ucapan rapat umum Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee dalam bahasa Melayu yang disampaikan petang tadi (29 Ogos).

Di samping meraikan kemajuan tersebut, Encik Masagos juga akur bahawa masyarakat Melayu/Islam masih punya ruang yang boleh diperbaiki.

Beliau menggariskan dua perkara yang wajar diberi perhatian.

Pertama adalah isu pemilikan rumah di mana menurut Encik Masagos, projek Dian@M3 di samping pelbagai usaha pemerintah, akan dapat membantu lebih banyak keluarga Melayu/Islam untuk memiliki rumah.

Bagi aspek pendidikan pula, Encik Masagos melahirkan penghargaan buat badan-badan Melayu/Islam yang menyokong para pelajar.

"Saya terharu dengan kerjasama yang diberikan badan-badan Melayu/Islam termasuk AMP yang disebutkan PM tadi. Ini akan meluaskan lagi bantuan dan akan lebih menyeluruh.", kata Encik Masagos.

Encik Masagos turut menyeru para individu yang sudah meraih kejayaan untuk tampil dan sama-sama menyumbang kembali kepada masyarakat.

Menyentuh tentang isu pemakaian tudung bagi jururawat Muslim pula, Encik Masagos akur dengan pertimbangan yang perlu diambil kira oleh pemerintah bagi melindungi keharmonian masyarakat majmuk sebelum mencapai satu keputusan.

"Saya juga terkesan dengan kata-kata PM tentang pentingnya mencapai keseimbangan dalam usaha pemerintah untuk melindungi keharmonian masyarakat majmuk kita. Bagi saya kemajuan rakyat dan juga kejayaan masyarakat kita sangat bergantung kepada keharmonian tersebut yang sebenarnya sangat rapuh," terang Encik Masagos.

Menurut beliau, demikianlah yang menjadi konteks bagi keputusan yang diambil PM Lee untuk menyokong keizinan pemakaian tudung bagi jururawat Muslim.  

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan