Skip to main content

Iklan

Iklan

Segmen persembahan NDP2021 sorot ciri baru; raikan kebingkasan, identiti S'pura tempuhi masa mencabar

Segmen persembahan NDP kali ini pula menampilkan pelbagai ciri yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya. Ini termasuk penggunaan realiti terimbuh (AR) dan filem animasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2021 08:38PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 11:07PM

SINGAPURA: Segmen persembahan NDP kali ini pula menampilkan pelbagai ciri yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya. Ini termasuk penggunaan realiti terimbuh (AR) dan filem animasi.

Hasilnya, persembahan NDP yang tetap bersemangat dan pada masa yang sama, menyentuh hati.

Menjelang senja, enam watak animasi dari masa sekarang dan lalu membuat penampilan di layar.

Mereka menyuarakan harapan dan cita-cita mereka iaitu tema bagi babak pertama persembahan kali ini.

Rentak persembahan kemudian dirancakkan dengan pertunjukan penuh bertenaga yang mencerminkan aspirasi para belia Singapura.

Ia melibatkan gabungan persembahan secara langsung dengan adegan animasi.

Ia turut menyertakan persembahan-persembahan yang dirakam lebih awal di empat lokasi termasuk di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Jewel Lapangan Terbang Changi bagi mengurangkan kontak fizikal antara para peserta.

Sekembalinya watak-watak animasi itu, penonton dibawa mengharungi masa-masa sukar, diikuti dengan persembahan bernada muram dalam hujan. Ia bagi melambangkan pasang surut kehidupan rakyat Singapura.

Namun, segmen itu juga mengingatkan kita tentang sokongan keluarga dan rakan-rakan di tengah-tengah kesusahan.

Anggota-anggota Persatuan SOKA Singapura mempersembahkan tarian dengan diiringi lagu asli bagi NDP tahun ini - 'Spirits Anew' atau Semangat Diperbaharui.

Orkestra Simfoni Singapura juga menyumbangkan lagu dari Jewel dalam persembahan yang dirakam sebelum ini.

Watak-watak animasi tersebut sebenarnya diilhamkan oleh tokoh-tokoh tempatan sebenar - termasuk penggubah lagu kebangsaan Singapura, Zubir Said.

Persembahan dirancakkan lagi dengan siri lagu kegemaran untuk menaikkan semangat Singapura.

Realiti tambahan (AR) juga disepadukan dalam persembahan kali ini buat pertama kalinya - khas bagi para penonton di rumah.

Atlit-atlit Team Singapore turut hadir di atas pentas untuk mempamerkan semangat dan kekuatan diperbaharui untuk menempuh masa depan.

Ia diikuti oleh persembahan lagu tema tahun ini - 'The Road Ahead' - yang didendangkan empat penyanyi tempatan.

Sebelum persembahan malam ini melabuhkan tirainya, lagu-lagu NDP ikonik dimainkan di Pentas Terapung. Turut berkumandang lagu kebangsaan Majulah Singapura
yang diiringi pertunjukan bunga api. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan