Skip to main content

Iklan

Iklan

Penonton di Pentas Terapung Marina Bay jalani pemeriksaan rapi; perlu tunjuk status vaksinasi, hasil ujian

Proses pemeriksaan ke atas para penonton NDP kali ini lebih teliti sejajar dengan langkah-langkah COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Penonton di Pentas Terapung Marina Bay jalani pemeriksaan rapi; perlu tunjuk status vaksinasi, hasil ujian

Penonton ke NDP2021 di Pentas Terapung Marina Bay pada 21 Ogos 2021 menjalani pemeriksaan rapi. (Gambar: BERITAmediacorp)

SINGAPURA: Proses pemeriksaan ke atas para penonton NDP kali ini lebih teliti sejajar dengan langkah-langkah COVID-19.

Selain pemeriksaan keselamatan, para penonton juga perlu menunjukkan status vaksinasi dan hasil ujian COVID-19 mereka.

Namun, ia tidak mengambil masa yang panjang dengan jumlah penonton yang lebih rendah iaitu 1,000 sahaja berbanding 25,000 penonton pada NDP 2018.

Para penonton mula memasuki pekarangan Pentas Terapung Marina Bay pada sekitar 4.00 petang.

Penonton ke NDP2021 di Pentas Terapung Marina Bay pada 21 Ogos 2021 menjalani pemeriksaan rapi. (Gambar: BERITAmediacorp)

Selain melakukan pemeriksaan bagi tujuan keselamatan, mereka juga perlu menunjukkan status vaksinasi dan hasil ujian COVID-19 masing-masing. Setelah itu, barulah mereka dibenarkan masuk.

Bagi mematuhi jarak selamat, penonton duduk berselang-selang. Sepanjang acara berlangsung, para penonton mesti memakai pelitup dan tidak dibenarkan makan.

Demi keselamatan para penonton, semua permukaan yang lazimnya disentuh telahpun dilapik dengan lapisan antimikrob, yang sudah 100 peratus terbukti berkesan untuk menghapuskan virus COVID-19.

(படம்: Mediacorp)

Walaupun langkah-langkah keselamatan dilaksanakan dan jumlah penonton jauh lebih rendah kali ini, kemeriahannya tetap terasa.

Selain untuk meraikan ulang tahun negara, persembahan malam ini juga bagaikan suatu penghargaan buat para pekerja barisan hadapan iaitu wira-wira yang membantu negara melawan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu.

"Saya rasa terharu kerana saya hanya sukarelawan dengan keluarga-keluarga yang tidak datang daripada latar belakang yang tidak begitu baik," ujar Cik Siti Nuraisha Safri, relawan MSF.

"Itulah selalunya kita susah nak dapat tiket kerana COVID saya diberi peluang. Sangatlah gembira, terharu dan rasa sangat sukacita," kata Cik Norhayati Ahmad, Duta Khidmat, SMRT Buses Ltd.

"Saya bangga sangat dapat dipilih sebab saya sudah lama sangat hendak menonton NDP di tempat platform ini sebab saya tidak pernah datang sini," ungkap Pegawai Khidmat Pelanggan, Encik Mashardi Abdullah.

Sebagai tanda ingatan, para penonton turut membawa pulang Pek NDP.    

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan