Skip to main content

Iklan

Iklan

Pelbagai acara sambut NDP2021 disajikan buat masyarakat setempat

Pelbagai acara dianjurkan di merata Singapura sempena sambutan Hari Kebangsaan negara tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2021 07:47PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 11:03PM

SINGAPURA: Pelbagai acara dianjurkan di merata Singapura sempena sambutan Hari Kebangsaan negara tahun ini.

Acara-acara tersebut akan berlangsung selama seminggu mulai hari ini (21 Ogos).

Salah satu daripadanya adalah Majlis Memperingati Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Kim Seng.

Hampir 50 orang menghadiri majlis tersebut secara fizikal manakala yang lain pula mengambil bahagian dalam talian.

Penasihat Akar Umbi Josephine Teo turut menyertai sambutan tersebut yang menampilkan acara-acara persembahan secara langsung oleh kanak-kanak prasekolah dan warga emas.

Di Hougang pula, sekitar 380 keluarga dari tiga blok sewa diberikan pek berisi habuan Hari Kebangsaan yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan