Skip to main content

Iklan

Iklan

NDP2021 menyerlah meski sambutan dikawal rapi dek COVID-19

Bertemakan 'Bersama, Semangat Singapura Kita', Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini memberi penghargaan kepada kakitangan barisan hadapan atas usaha mereka membantu negara menangani pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
NDP2021 menyerlah meski sambutan dikawal rapi dek COVID-19

Pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2021 pada 21 Ogos 2021. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 08:33PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 08:52PM

SINGAPURA: Bertemakan 'Bersama, Semangat Singapura Kita', Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini memberi penghargaan kepada kakitangan barisan hadapan atas usaha mereka membantu negara menangani pandemik COVID-19.

Mereka adalah antara 1,000 penonton yang diundang untuk menyaksikan acara NDP di Pentas Terapung Marina Bay hari ini (21 Ogos).

Ini juga merupakan kali terakhir acara NDP diadakan di lokasi tersebut.

Penyanyi tempatan Sezairi Sezali menghiburkan para penonton dengan mendendangkan lagu 'Breathing City'. Lagu itu merupakan antara lagu yang dicipta khas sempena ulang tahun negara tahun ini.

Sambutan Hari Kebangsaan kemudian diteruskan dengan pertunjukan aksi terjun bebas oleh pasukan payung terjun Red Lions.

Pertunjukan oleh jet-jet pejuang F15 di Perbarisan Hari Kebangsaan 2021 pada 21 Ogos. 

Orang ramai terus memandang ke langit untuk menyaksikan pertunjukan menakjubkan oleh jet-jet pejuang F15.

Acara NDP tahun ini juga menampilkan kontinjen-kontinjen berpakaian seragam secara fizikal. Namun, kumpulan-kumpulan berseragam belia dan syarikat-syarikat swasta hadir dalam bentuk maya.

Kontinjen-kontinjen yang berbaris secara fizikal termasuk para anggota SAF, tentera laut, udara dan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Turut hadir adalah kontinjen-kontinjen Kawalan Kehormatan dan Pembawa Panji-Panji.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong melambaikan tangan sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan di Pentas Terapung Marina Bay pada 21 Ogos 2021. (Gambar: Marcus Ramos)

Sejurus selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong tiba di galeri, pancaragam gabungan SAF dan SPF mempersembahkan lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini, berjudul 'The Road Ahead'.

Presiden Halimah Yacob pula hadir kemudian untuk memeriksa kontinjen-kontinjen Kawalan Kehormatan sebelum diberikan penghormatan dengan 21 das tembakan.

Presiden Halimah Yacob melambaikan tangan di acara Perbarisan Hari Kebangsaan di Pentas Terapung Marina Bay pada 21 Ogos 2021. (Gambar: Marcus Ramos)

Satu video khas ditayangkan bagi mengiktiraf usaha Singapura dalam menangani pandemik COVID-19.

Ia diikuti dengan terbang lalu lima jet pejuang RSAF sebagai penghormatan kepada para pekerja barisan hadapan.

Bagi memperingati ulang tahun Singapura yang ke-56, pancaragam gabungan SAF dan SPF membentuk formasi menggambarkan lima bintang dan bulan sabit.

Perbarisan NDP diakhiri dengan tanda hormat kepada Pentas Terapung di Marina Bay. Ia akan menutup pintunya bagi menjalani kerja-kerja ubah elok sehingga tahun 2025. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan