NDP Sabtu ini tampilkan filem animasi penuh
Buat julung-julung kalinya, acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan menampilkan filem animasi penuh yang disulamkan dengan persembahan-persembahan lain pada Sabtu ini (21 Ogos).
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan menampilkan filem animasi penuh yang disulamkan dengan persembahan-persembahan lain pada Sabtu ini (21 Ogos).
Karya animasi tempatan itu membawa anda menyusuri suasana kehidupan seharian penduduk Singapura pada masa silam.
Dua lagi lagu tema Hari Kebangsaan akan dimainkan diiringi lirik acara animasi.
Salah satu lagu "Breathing City" pula, menceritakan kisah pembangunan Singapura.
Ia terbitan studio tempatan Weaving Clouds dengan bantuan para pelajar dari enam sekolah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.