COVID-19 tidak akan terus belenggu S'pura, tegas Presiden Halimah
COVID-19 tidak akan mendominasi kehidupan rakyat Singapura, tegas Presiden Halimah Yacob.
SINGAPURA: COVID-19 tidak akan mendominasi kehidupan rakyat Singapura, tegas Presiden Halimah Yacob.
Malah, beliau yakin Singapura akan terus mencari jalan untuk mengawal penyakit tersebut.
Menulis dalam catatan di Facebooknya pada Ahad (8 Ogos) , Presiden Halimah berkata inilah masanya untuk mengiktiraf kakitangan barisan hadapan atas usaha mereka melawan pandemik.
Tambah beliau, pandemik COVID-19 masih belum berakhir dengan adanya pelbagai cabaran baru seperti kemunculan varian Delta.
Oleh itu, Presiden Halimah menggesa mereka yang belum divaksin supaya segera mendapatkan suntikan, terutama golongan lanjut usia.
Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua, sedang Singapura meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke-56 esok (9 Ogos).
"Ayuh kita terus bersatu sebagai satu negara, mengharungi cabaran ini bersama dan kekal mengibarkan bendera Singapura setinggi-tingginya. Saya yakin sekiranya kita terus bekerjasama dengan semangat Singapura yang bersatu, kita boleh membangunkan negara yang berdaya bingkas mengatasi COVID-19," tulis Presiden Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.