
LENSA RAMADAN merupakan edisi khas DETIK sempena Ramadan. Setiap Ramadan, rancangan ini bertujuan untuk mengetengahkan usaha masyarakat yang ingin membina semangat dan menyebarkan mesej kemuliaan Ramadan, tidak kira antara rakan-rakan Muslim mahupun yang bukan Islam.