Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah girls' brigade
    (Gambar: The Girls' Brigade Singapore/ Facebook). 

Presiden Halimah Yacob penaung baru Girls Brigade

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menerima undangan daripada Persatuan Girls Brigade Singapura, untuk menjadi Penaung barunya.

Peranan itu pertama sekali didukung balu mendiang S R Nathan, Puan Urmila Umi Nandey, pada 2007.

Kemudian dari 2011, isteri mantan Presiden Tony Tan iaitu Puan Mary Tan pula mengambil alih sebagai Penaung.

Seorang Penaung memainkan peranan penting dalam Persatuan itu.

Beliau menjadi tokoh yang boleh dicontohi oleh para anggota baik dari segi keanggunan mahupun kedudukan. 

- CNA/FZ/aq

Top