Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ucap terima kasih kepada penganjur, peserta dan relawan NDP

Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini adalah satu acara yang tidak dapat dilupakan kerana ia membawa rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang bersama-sama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2018 09:11PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 09:16PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini adalah satu acara yang tidak dapat dilupakan kerana ia membawa rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang bersama-sama.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa satu majlis sambutan pada petang Rabu (15 Ogos) bagi mengucapkan terima kasih kepada penganjur, peserta dan relawan yang terlibat dalam pertunjukan itu.

Presiden Halimah memuji para peserta atas tenaga mereka serta usaha tambahan yang dilakukan bagi menonjolkan bakat dan kebolehan pelbagai lapisan masyarakat.

Lebih 15,000 peserta mengambil bahagian dalam NDP tahun ini, yang merangkumi persembahan oleh pemain biola veteran dan juga filem-filem pendek berkisarkan kehidupan lima rakyat biasa Singapura.

Rekaan beg-beg cenderahati NDP 2018 pula dilukis oleh para pelajar berkeperluan khas.

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan