Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah sambut orang ramai di Rumah Terbuka Istana sempena Hari Kebangsaan

Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (29 Jul) sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jul 2018 10:19PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 10:24PM

SINGAPURA: Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (29 Jul) sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam acara Rumah Terbuka Istana itu, pekarangan Istana dihiasi dengan warna merah dan putih untuk membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan para pengunjung menjelang hari ulang tahun negara ini.

Para pengunjung juga menikmati pelbagai kegiatan seni, persembahan muzik dan silat.

Ini merupakan kali pertama Presiden Halimah Yacob menjadi hos bagi acara Rumah Terbuka Istana sebagai seorang presiden.

Beliau turut melancarkan satu peraduan mencipta logo bagi ulang tahun ke-150 Istana pada tahun depan. Para pengunjung diundang untuk menyumbang idea-idea mereka bagi perayaan tersebut. Pelbagai kegiatan dijangka akan dianjurkan bagi meraikannya. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan