Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah: Pembangunan prasarana seharusnya memenuhi keperluan rakyat

Sedang negara-negara berusaha untuk membangunkan prasarana, ia harus dilakukan dengan memastikan keperluan rakyat juga terpelihara, kata Presiden Singapura Puan Halimah Yacob hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 12:23PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:37PM

SINGAPURA: Sedang negara-negara berusaha untuk membangunkan prasarana, ia harus dilakukan dengan memastikan keperluan rakyat juga terpelihara, kata Presiden Singapura Puan Halimah Yacob hari ini (23 Nov).

Berucap di Persidangan Tahunan Institut Daya Saing Asia, beliau berkata pembangunan prasarana mengenai bangunan, tetapi juga tentang bgaimana ia memberi manfaat kepada rakyat serta membaiki mutu kehidupan mereka.

"Kita sedang menyaksikan bagaimana globalisasi membuka lebih banyak peluang dan cabaran bagi kita semua. Di tengah-tengah abaran ini, kita perlu terus memberi perhatian kepada peranan pembangunan prasarana dalam memudahkan kegiatan-kegiatan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan membaiki mutu kehidupan," kata Puan Halimah.

Beliau berkata, meletakkan rakyat di tengah-tengah pembangunan prasarana dapat membantu dalam proses membuat keputusan dalam bidang ini.

Singapura sudah bekerja rapat dengan Bank Dunia dan bank-bank pembangunan berbilang hala dalam membina rangkaian rantau yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan dalam prasarana, tambah Puan Halimah.

Menurutnya Singapura sendiri terus melabur dalam membina prasarana baru dan menaik taraf bangunan yang sedia ada.

Ini termasuk membina terminal lapangan terbang baru untuk menampung trafik udara lebih besar, dan pelabuhan-pelabuhan baru untuk menyatukan prasarana maritim serta membuka lebih banyak tanah.

"Meskipun kita meningkatkan prasaran untuk memacu ekonomi, penting bagi pembangunan prasarana diadakan dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan. Kita harus memastikan sekitaran semula jadi tidak terjejas," kata Puan Halimah.

Beliau menambah, terdapat potensi baik bagi negara-negara bekerjasama untuk mempertingkat ekonomi, kewangan dan keterangkuman sosial melalui kerjasama yang lebih kukuh dalam proses pembangunan prasarana. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan