Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah lawat askar SAF jalani latihan di Brunei

Presiden Halimah Yacob yang sedang melakukan lawatan negara ke Brunei mengunjungi para anggota tentera Singapura yang sedang menjalani latihan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 May 2018 07:33PM Dikemas Kini : 13 May 2018 10:37PM

BRUNEI: Presiden Halimah Yacob yang sedang melakukan lawatan negara ke Brunei mengunjungi para anggota tentera Singapura yang sedang menjalani latihan di negara itu.

Awal dari itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Brunei kerana menyediakan kawasan latihan untuk tentera Singapura.

Permukaan bumi yang sukar dan sering berlumpur apabila hujan.

Itulah antara sebahagian kesukaran yang perlu ditempuhi para anggota SAF yang menjalani latihan di kawasan hutan tebal di Brunei.

Presiden Halimah Yacob mengunjungi mereka di Temburong di mana beliau menyaksikan latihan para pegawai kadet.

Latihan menyeluruh itu termasuk merentasi rintangan air di mana para kadet melakukan latihan renang tempur iaitu berenang secara berkumpulan dan menggunakan tali untuk menyebarangi sungai.

Mereka juga belajar cara bertahan hidup di dalam hutan.

Presiden Halimah sendiri berpeluang menaiki bot gempur.

Dalam kunjungannya ini beliau memuji para pegawai kerana komitmen mereka kepada Perkhidmatan Negara dan menggalakkan mereka untuk terus tabah menjalani latihan yang amat mencabar.

Presiden Halimah juga berkata latihan di Brunei membantu Singapura membina pasukan tentera yang cekap dengan mendedahkan askar-askarnya kepada cabaran-cabaran berbeza daripada yang dialami mereka di Singapura.

Singapura dan Brunei menjalin hubungan pertahanan yang rapat sejak 1976.

Pada tahun 2016, satu perjanjian pertahanan baru juga dimeterai yang menyediakan satu rangka kerja bagi kerjasama lanjut dalam teknologi pertahanan. 

Sumber : CNA/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan