Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah lancar program galak golongan kurang upaya sertai sukan

Satu program Yayasan Temasek Cares untuk menggalak golongan kurang upaya menyertai sukan riadah dilancarkan Presiden Halimah Yacob hari ini (17 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Mar 2018 08:15PM Dikemas Kini : 17 Mar 2018 09:50PM

SINGAPURA: Satu program Yayasan Temasek Cares untuk menggalak golongan kurang upaya menyertai sukan riadah dilancarkan Presiden Halimah Yacob hari ini (17 Mac).

Yayasan tersebut menyumbang S$615,000 untuk menyokong program itu selama tiga tahun.

Lebih 100 orang kurang upaya menyertai beberapa acara sukan seperti bola tampar dan tenis meja.

Sebagai permulaan para peserta boleh bermain beberapa kegiatan sukan seperti badminton dan sukan air.

Setiap program berlangsung selama lapan hingga 12 minggu untuk memberi para peserta meraih manfaat daripada kegiatan sukan yang dilakukan secara kerap.

Program itu dibuka kepada semua orang kurang upaya.

Namun, sasaran utamanya adalah golongan kurang upaya yang sudah menamatkan pendidikan di sekolah-sekolah khas dan tidak mempunyai lagi peluang untuk bermain sukan. 

Sumber : CNA/NU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan