Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah lakukan lawatan negara ke Negara Brunei Darussalam 11-14 Mei

Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan negara empat hari ke Negara Brunei Darussalam mulai hari ini (11 Mei) atas jemputan Sultan Hassanal Bolkiah.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah lakukan lawatan negara ke Negara Brunei Darussalam 11-14 Mei

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 May 2018 12:24AM Dikemas Kini : 11 May 2018 07:32AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan negara empat hari ke Negara Brunei Darussalam mulai hari ini (11 Mei) atas jemputan Sultan Hassanal Bolkiah.

Ini adalah lawatan negara pertama Presiden Halimah ke luar negara.

Presiden Halimah akan diberi sambutan beristiadat di Istana Nurul Iman dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Sultan Bolkiah. Presiden Halimah akan diraikan dalam satu jamuan negara oleh Sultan Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sempena acara mingguan Bandarku Ceria (hari tanpa kereta) Presiden Halimah dan Sultan Bolkiah juga akan berjalan kaki pada sebelah pagi diikuti dengan bersarapan di Bandar Seri Begawan.

Semasa acara itu, Presiden Halimah akan bertemu dengan anggota keluarga diraja dan Kabinet Kerajaan Brunei. Mereka termasuk Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Al-Muhtadee Billah.

Sempena lawatannya itu, Presiden Halimah dan Sultan Bolkiah juga akan menyaksikan majlis menandatangani dua perjanjian. Perjanjian Kerjasama Teknologi Kewangan akan dimeterai antara Autoriti Monetari Brunei Darussalam dengan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), manakala sebuah Memorandum Persefahaman akan dimeterai antara Unit Perisikan Kewangan, Autoriti Monetari Negara Brunei Darussalam dan Pejabat Pelaporan Transaksi Mencurigakan bersama Jabatan Ehwal Komersil, Pasukan Polis Singapura mengenai Kerjasama dalam Pertukaran Maklumat yang berkaitan dengan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas.

Presiden Halimah dujadual melawat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam dan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Brunei. Presiden Halimah juga akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat Singapura di Brunei dalam satu majlis makan malam.

Presiden Halimah akan diiringi Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, serta Anggota Parlimen Desmond Choo, Dr Lim Wee Kiak, dan Cik Joan Pereira.

Pengerusi Majlis Penasihat Presiden Encik J Y Pillay, akan memangku jawatan Presiden semasa Puan Halimah berada di luar negara. 

Sumber : CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan