Presiden Halimah Yacob

Images
  • file halimah yacob
    Gambar fail Puan Halimah Yacob (Gambar: Hanidah Amin)

Presiden Halimah lakukan lawatan 3 hari ke China

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan membuat lawatan selama tiga hari ke Beijing, mulai Selasa (14 Mei) hingga Khamis ini (16 Mei) untuk menghadiri Persidangan Dialog Tamadun Asia atas undangan Presiden China, Xi Jinping.

Puan Halimah akan diraikan dalam satu jamuan malam yang dihoskan oleh Presiden Xi.

Beliau juga akan menyampaikan ucapan semasa acara pembukaan persidangan berkenaan.

Selain itu, Presiden Halimah akan menghadiri mesyuarat dua hala bersama Presiden Xi dan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

- CNA/HA/ai

Top