Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah (5)
    Presiden Halimah Yacob beramah mesra dengan para relawan Persatuan Masyarakat Prihatin dan Penyayang. (Gambar: MCI/ Betty Chua)

Presiden Halimah kunjungi Persatuan Masyarakat Prihatin dan Penyayang, beramah mesra dengan 900 warga

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melawat Persatuan Masyarakat Prihatin dan Penyayang buat pertama kalinya hari ini (2 Apr) di mana beliau berinteraksi dengan sekitar 900 warga tua.

Persatuan itu ditubuhkan bagi memenuhi keperluan warga tua di kawasan Bukit Batok.

Ia menggalak penuaan aktif dan kehidupan sihat menerusi beberapa program kesihatan, kesejahteraan dan sosial.

Ini termasuk kegiatan seperti terapi muzik, senaman menyihatkan minda dan berbasikal.

Presiden Halimah mengunjungi beberapa stesen kesihatan dan beramah mesra dengan sukarelawan kanan serta para penerima bantuan.

Beliau juga melihat bagaimana warga tua diberi rawatan Perubatan Tradisional Cina, terapi urut serta khidmat gunting rambut oleh para sukarelawan.  

- CNA/NU/ru

Top