Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah: Kakitangan pengangkutan awam 'sangat komited'

Presiden Halimah Yacob melawat Depot SMRT di Bishan hari ini (14 Mac) sebagai tanda sokongan dan penghargaan beliau kepada 21,000 pekerja yang mengendalikan sistem pengangkutan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 06:03PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:25PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melawat Depot SMRT di Bishan hari ini (14 Mac) sebagai tanda sokongan dan penghargaan beliau kepada 21,000 pekerja yang mengendalikan sistem pengangkutan Singapura.

Presiden Halimah menemui kakitangan dan diberi taklimat mengenai kerja penyenggaraan dan baik pulih MRT.

Bercakap kepada media, Puan Halimah berkata sistem pengangkutan awam Singapura adalah tulang belakang negara.

Ia menghubungkan rakyat bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga menyokong mutu kehidupan.

Beliau menambah, kerja-kerja bagi memperbaiki sistem tersebut bermakna para pekerja terpaksa bekerja masa yang panjang.

Menurut Puan Halimah, para pekerja mempunyai semangat amat tinggi, amat berdedikasi dan amat komited dengan ramai yang telah bekerja bersama MRT sejak lebih 30 tahun.

"Ini petanda yang jelas bahawa mereka rasa yang mereka perlu memberi sumbangan ke arah menjadikan kehidupan rakyat lebih baik, dengan bekerja dalam sistem pengangkutan awam, dalam sistem kereta api," ulas Puan Halimah.  

Sumber : CNA/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan