Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ikut serta acara perkelahan 'Keluarga Seumur Hidup'

Ratusan keluarga mengunjungi pekarangan Istana siang tadi (30 Dis) untuk menyertai acara perkelahan besar-besaran yang pertama kali dianjurkan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2017 08:28PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 01:55AM

SINGAPURA: Ratusan keluarga mengunjungi pekarangan Istana siang tadi (30 Dis) untuk menyertai acara perkelahan besar-besaran yang pertama kali dianjurkan tahun ini.

Perkelahan 'Keluarga Seumur Hidup' merupakan sebahagian daripada langkah bagi menjadikan mercu tanda ikonik itu lebih terbuka kepada umum.

Meskipun hujan, orang ramai terus menikmati persembahan muzik dan hidangan.

Pelbagai kegiatan disediakan khusus untuk kanak-kanak termasuk sebuah taman permainan serta aktiviti kraf tangan.

Terdapat juga jualan amal yang hasil kutipannya disalurkan kepada Cabaran Presiden.

Presiden Halimah Yacob sama-sama turun padang untuk beramah mesra dengan para keluarga yang hadir.

Beliau berharap acara ini dapat diadakan secara tahunan untuk menggalak anggota-anggota keluarga berkumpul bersama.

Selain itu, Puan Halimah turut berkongsi harapan beliau untuk tahun baru 2018.

"Sedang kita menanti kehadiran tahun 2018, kita harus bersikap penuh optimistik dengan ekonomi sejagat kian pulih semula. Tetapi paling penting, saya hanya berharap rakyat Singapura akan saling berbaik hati, menyokong serta membantu antara satu sama lain demi membina sebuah masyarakat kuat dan bersepadu," kata beliau.  

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan