Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah samh
    Presiden Halimah Yacob semasa melawat sebuah pusat kesihatan dan pencegahan untuk belia di bawah SAMH. (Gambar: LH Goh/MCI)

Presiden Halimah gesa masyarakat main peranan bantu pesakit mental

SINGAPURA: Pelbagai pendekatan perlu diambil bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian selepas melawat sebuah pusat kesihatan dan pencegahan untuk belia di bawah Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH). Beliau juga menegaskan perlunya program-program pemulihan di samping rawatan perubatan.

"Program-program pemulihan bagi mereka yang menghadapi masalah mental adalah penting kerana ia membolehkan mereka menghadapi cabaran-cabaran, menjadi lebih percaya diri dan hidup dalam masyarakat," kata Puan Halimah.

Pusat SAMH yang diberi nama 'Creative SAY!' menawarkan kegiatan-kegiatan luar, sukan, dan kesenian kepada golongan belia berusia antara 13 hingga 35 tahun. Kegiatan-kegiatan tersebut bertujuan menggalak perbincangan, kesejahteraan umum dan memupuk daya tahan mental.

Presiden Halimah menambah program-program sedemikian membantu membangunkan strategi dan kemahiran sosial dan menggesa para belia untuk memanfaatkan sumber-sumber yang ada.

Beliau turut menggesa rakyat Singapura untuk mengatasi stigma terhadap isu kesihatan mental sebagai satu masyarakat.

- CNA/NU/aq

Top